PERUTUSAN DARI PENGETUA

DATIN HAJAH NOR ADIB BINTI JALIL

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin dan limpah kurnianya Buku Pengurusan Guru Tahun 2015 bagi kegunaan semua guru SMK Seksyen 5, Wangsa Maju dapat dihasilkan. Buku ini sangat berguna sebagai bahan panduan dan rujukan guru untuk mengetahui tentang tugas masing-masing dalam mengamalkan dan melaksanakan budaya kerja cemerlang dalam usaha memantapkan Pengurusan dan Pentadbiran sekolah.

Saya mengharapkan setiap guru di sekolah ini dapat menghayati Visi dan Misi sekolah yang selari dengan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan agar masing-masing tahu memacu haluan kendiri untuk mencapai hasrat tersebut. Kecemerlangan Akademik sahaja tidak mencukupi tanpa ada kesungguhan dalam bidang kokurikulum dan sahsiah pelajar yang terpuji. 

Sehubungan itu, marilah kita sama-sama mengembleng tenaga untuk mendidik dan membimbing anak-anak didik kita mencapai prestasi Cemerlang dalam semua bidanMarilah kita menjadi guru yang Bertanggungjawab, Berdedikasi, Berdisiplin dan Berintergriti bagi menghasilkan generasi yang mempunyai jati diri dan peribadi yang tinggi.

 

Sesungguhnya kejayaan sesebuah sekolah terletak pada usaha setiap guru.

 

“ CEPAT, CEKAP DAN TEPAT “

“ DO IT RIGHT THE FIRST TIME “

 

Sekian, terima kasih.

 

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

 

( DATIN HJH. NOR ADIB BINTI JALIL )